Tentang Kami

Siapa Kami?

Peneraju warisan penuh citarasa

Rempah ratus Arun ialah salah satu jenama rempah terkemuka di Malaysia, yang mempunyai kepakaran dalam Rempah ratus India dan Rempah Ratus tradisional Malaysia. Rempah ratus kami dihasilkan dengan kualiti paling terbaik dengan kepakaran yang terbukti selama 40 tahun, memberikan rasa dan aroma rempah yang tulen dalam setiap hidangan yang disediakan.

Penubuhan jenama itu bermula sejak penubuhan Aruna Grinding Mill pada tahun 1980-an oleh pengasas kami yang mempunyai susur galur kepada keluarga rempah yang terkenal. Melalui permulaan yang sederhana untuk membangunkan rempah ratus berkualiti tinggi, rempah ratus Arun dapat mengembangkan pasaran mereka secara berperingkat ke seluruh Malaysia dengan rangkaian rempah asli India mereka.

Sehingga kini, rempah ratus Arun telah berkembang melangkaui negara asal ke kawasan lain seperti benua kecil Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, India, Sri Lanka, Kanada, UAE, Bahrain, Arab Saudi, Oman, Qatar, Kuwait dan negara-negara Scandinavia.

Didorong oleh visi "untuk membawa rempah terbaik ke hidangan setiap rumah", syarikat itu mempunyai tekaduntuk meningkatkan lagi kualiti rempah melalui pembuatan, pembungkusan dan logistik terkini.

Ingat rempah ratus,
Mestilah Arun.

Jenama Kami

Pencapaian

Perjalanan rempah ratus